BATU PAHAT: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit sempadan darat, Kampung Parit Lapis Sempadan, Parit Raja di sini pada pagi Ahad.
Mayat dipercayai Muhammad Nazrul Aziz, 20, ditemukan oleh penduduk kampung bersama motosikalnya kira-kira jam 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner, Ismail Dollah berkata, mayat mangsa ditemukan dengan keadaan lengkap berpakaian.
"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohd Salikin membantu mengeluarkan mayat mangsa dan motosikalnya.
"Berdasarkan pengecaman awal keluarga melalui pakaian, jam, telefon bimbit dan motosikal mayat dipercayai Muhammad Nazrul Aziz dari Parit Raja.
"Muhammad Nazrul dilaporkan keluar rumah pada petang Khamis lalu. Berdasarkan keadaan mayat yang ditemui, mangsa telah mati lebih daripada sehari," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Ismail, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 17 2023
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui mati di dalam parit di Kampung Parit Lapis Sempadan, Parit Raja pada pagi Ahad. - Foto JBPM
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Pemuda hilang tiga hari ditemukan mati dalam parit
Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit.
Bot 'pulang' tanpa penumpang, dua pemancing dikhuatiri hilang di Labuan
Dua pemuda dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk keluar memancing ditemukan terapung tanpa anak kapal berdekatan jeti Kiamsam awal pagi tadi.
Pemuda hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas
Mayat Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly ditemui tersangkut di tepi tongkang pasir oleh orang awam.